I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 30 May 2011

AKU INGIN BERUBAH...


Assalamu'alaikum..
Eh.epy join contest??





nak mengarang lagi?? da lama tak mengarang ke??
hahahahaha... jgn la terkejut..
Epy join contest ni bukan la sebab nak hadiah or jadi juara..
tapi utk berkongsi suatu kisah ataupn cerita..
tetapi kisah ini sekadar rekaan semata-mata..
dari hati turun ke jari jemari utk mengarang kisah ini..
tiada kaitan antara yang hidup atau sudah mninggal dunia..
selamat membaca & hayati kisah ini..

---------------------------------------------------------------------------------
Aku menetap di ibu negara Malaysia.. iaitu Kuala Lumpur..
Aku bekerja & mencari rezeki disini..
Biarpun aku menetap di Kuala Lumpur..
Tetapi aku masih ingat akan asal usul aku..
Masih ingat akan pesanan-pesanan yg
diberikan oleh ibu ku..
masih terngiang-ngiang lagi biarpun hiruk pikuk
kota Kuala Lumpur bingit menghimpit aku..

Pada suatu hari,
ibu mengirimkan khabar berita
setelah sekian lama aku tidak berhubung dengannya..
Mengatakan yang dia ingin mengunjungiku
di kotaraya Kuala Lumpur ini..

Dipendekkan cerita..
Ketika ibu aku berkunjung, ibu telah mengajak aku
untuk shopping bersamanya kerana dia
menginginkan sepasang baju kurung yg baru. Aku
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah
bersama dengan orang lain, dan aku bukanlah
orang yang sabar, tetapi walaupun demikian
kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang
menyediakan pakaian wanita, dan ibu aku
mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan
mengembalikan semuanya. Seiring hari yang
berlalu, aku mulai penat dan kelihatan jelas
riak2 kecewa di wajah ibu.
Ibu dapat membaca kebosanan
yg ada dlm diri aku dari riak
muka aku.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi,
ibu aku mencuba satu baju kurung yang cantik .
Dan kerana ketidaksabaran aku, maka untuk kali
ini aku ikut masuk dan berdiri bersama ibu aku
dalam fitting room, aku melihat bagaimana ibu
mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah
mencuba untuk mengenakannya. Ternyata
tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh
penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat
melakukannya, seketika ketidaksabaran aku lemas lalu
digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam
kepadanya. Aku berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa
aku sedari. Setelah aku mendapatkan ketenangan
lagi, aku kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, sangat sesuai dengan ibu..
Dan ibu membelinya.
Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian
tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari
ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran aku
tetap saja kembali pada saat berada di dalam
fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu
aku yang sedang berusaha mengenakan
pakaiannya. Kedua tangan yang pada suatu masa dulu penuh dengan
kasih dan sayang, yang pernah menyuapi, memandikan
aku, memakaikan baju, membelai dan memeluk
aku, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk aku,
menjadikan aku berjaya seperti aku pada hari ini..
Sekarang tangan itu telah menyentuh hati aku
dengan cara yang paling berbekas dalam hati aku.


Kemudian pada malam harinya aku
pergi ke kamar ibu aku mengambil tangannya,
lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut,
aku memberitahunya bahwa bagi aku kedua
tangan tersebut adalah tangan yang paling
indah di dunia ini. Aku sangat bersyukur bahwa
Tuhan telah membuat aku dapat melihat dengan
sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya
kasih sayang yang penuh pengorbanan dari
seorang ibu.

Aku hanya dapat berdoa bahwa suatu hari
kelak tangan aku dan hati aku akan memiliki
keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Allah s.w.t yang
begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat
menandingi keindahan tangan Ibu...

"With Love to All Mothers"


AKU SAYANG IBU...

4 comments:

  1. so sweet n tacing..:)

    i love my mama jugak :)

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaa,,,,, abg oc buat citer... sob3..

    ReplyDelete
  3. huhuhu... sayang ibu saya jugak... errr..tapi macam iklan hari raya tu je??huhu

    apa pun terima kasih sudi join walaupun di saat akhir.. sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq

    ReplyDelete
  4. owh.cm iklan raya??
    ada iklan cm cite ni ke??
    xtau lak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...