I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 17 June 2011

INILAH SIFAT ISTERI-ISTERI YANG DERHAKA...




Memang jodoh pertemuan di tangan ALLAH S.W.T. Tetapi tidaklah bermakna usaha dan ikhtiar langsung tidak diperlukan. Ertinya sesudah berikhtiar semampu mungkin, maka selepas itu terpulanglah pada Allah s.w.t apa yang hendak ditakdirkanNya. Kita berusaha, Allah s.w.t yang menentukan.

Perkahwinan adalah penting. Ia adalah suatu pembentukan awal sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun. Dan ini sesuai pula dengan fitrah semula jadi manusia, iaitu memerlukan pasangan di dalam hidupnya. Oleh itu merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil. Hal yang paling penting ialah mencari jodoh. Siapakah bakal isteri atau suami yang hendak dipilih? Yang mana kalaulah terjadi salah pilih, maka kesannya sangatlah buruk, terpaksa menanggung derita dan seksa di dunia hingga akhirat. Tiada bahagia dan kasih sayang. Rasulullah s.a.w sudah berpesan tentang syarat memilih isteri. Sabda baginda:

“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, Kerana harta, rupa, keturunan dan agamanya. Maka pilihlah yang baik agamanya.”

Fahamlah kita bahawa syarat penting memilih isteri atau suami ialah yang beragama. Dengan kata lain yang beriman dan yang mengamalkan syariat Islam. Kalau syarat ini ada barulah kita fikirkan tentang hal-hal seperti rupanya, kekayaannya, keturunannya dan lain-lain. Tidak ada syarat lain lagi yang lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh baginda itu. Sebab, wanita beriman, walau dia kaya atau cantik, nescaya dia tetap merendah diri pada suaminya. Tidak akan dikecilkan hati suami lebih-lebih lagi tidak akan ia derhaka pada suami. Sebaliknya yang wanita cantik pada wajahnya tetapi tidak beriman selalunya membuat suaminya berkeadaan serba salah. Begitu juga wanita kaya yang tidak beriman, biasanya akan memperbudakkan suaminya.

Ini selalu terjadi di dalam masyarakat kita hari ini. Oleh kerana mereka berkahwin bukan kerana Allah,memilih pasangan pula bukannya kerana agamanya, tetapi kerana jawatan, gaji rupa dan lain-lain, ditambah dengan cara kenduri kahwin penuh kefasikan, maka hasilnya terjadilah seperti apa yang terjadi sekarang.


Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yang terkenal maka rumah tangga mereka akan berada dalam keadaan:

  • Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri. kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapan dengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra dan melayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suami dalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.

  • Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahannya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasa hina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. kalau pun kadang-kadang  ia tidak suka dengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa. Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri. “Kita balik kampung bang” “Kita keluar bang” “Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah,” dan sebagainya. Dengan erti kata lain, "Queen Control".

  • Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab, “Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti.” Kadang pula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, “I ada‘appointment’ petang ini. “Sewaktu suami ajak ke bilik tidur dia jawab, “I nak siapkan ‘speech’ untuk esok. Abang masuklah dulu” Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.

  • Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malam keluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali. Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami. Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.

  • Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup,nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi kerana isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup.Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainya terhadap suaminya.

Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:

  • Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Itu tidak mengapa, jika suami isteri sama-sama berkongsi tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.
  • Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.
  • Isteri berani mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalu rasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan begini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri, suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.
  • Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurut saja. Ertinya suami belajar dengan isteri.
  • Kemuncak dari itu, ialah suami takut untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.


Kalau beristeri cantik

Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, maka suami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Si suami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya. Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dan kerenahnya. Minta itu minta ini, arah itu arah ini. kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. kalau kemahuannya tidak diikuti dia mengugut hendak balik kampung atau minta cerai. Dia tahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendak dapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kata orang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelah pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.


Kalau beristeri kaya

Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri jadi ‘boss’, boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi, suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketua Rumah tangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnya isterilah yang jadi ketua rumah, jadi Queen Control. Jadual dan program isteri yang tentukan. Suami mengiyakan sahaja.


Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan:

Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat. Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni, kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya,nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.

Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengan suaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulah wanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasa bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagia kalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri. Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akan ditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.

Kesah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah, yang juga seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 pada isterinya. “Hadiah,” katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu. “Hadiah apa ni?” Ditanya kepada suaminya. Maka berkatalah suaminya, “Hadiah kerana tadi ketika saya balik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidur diluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal saya hadiah  RM50.” Isterinya pun tersipu-sipu.

Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu, boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulah tidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.

Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaan pun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah s.w.t dan syurgaNya.

Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknya meninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggu suaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terus mengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayan suaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnya barulah dia bertanya, “Abang, kalau kita diberi pinjam sesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itu kepada tuan empunya?. “Tentu sekali,” Jawab suaminya. Kemudian dia menyambung, “Allah s.w.t telah meminjamkan kita seorang anak. Tapi sekarang Allah s.w.t ambil kembali anak itu dari kita.” “Innalillah wa inna ilaihi raajiuun,” kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkan mayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanita solehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik, melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu ini hingga suami jadi dua kali susah. Susah dengan ujian yang berlaku, susah dengan sikap isteri.

Hari ini sukar sekali untuk menjumpai wanita solehah yang sanggup mengorbankan diri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dan nikmat syurga di akhirat kelak. Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkan suami untuk keuntungan dirinya kerana semata-mata memuaskan diri dan nafsunya.

Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kita beristerikan wanita solehah. Sekalipun wanita itu berpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kaya raya, namun dia tetap taat dan merendah diri pada suaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami (bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukar geran menjadi milik mutlak suaminya. Lihat Sayidatina Khadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah. Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganya dikorbankan untuk membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi setelah menjadi isteri Rasulullah saw, habis hartanya diserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah. Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanya satu bilik usang berpintu satu. Sayidatina Aisyah, Ummul-Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut giat sama berjuang dengan mengorbankan segala kebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafat Rasulullah s.a.w, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah Az Zahrah adalah isteri yang rela miskin dan bersusah payah untuk Islam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.

Itulah ciri dan contoh wanita beriman. Wanita beginilah yang mesti kita sediakan untuk diperisterikan. Sifat wanita beginilah yang mesti kita didik terhadap ahli keluarga kita. Agar rumah tangga kita nanti dan generasi akan datang adalah syurga kecil yang sementara, yang menjadi sumber tenaga buat kita dan keturunan kita berjuang mendapatkan syurga yang maha besar lagi kekal abadi di akhirat nanti.

-epyzhafri-
    chill~

Tuesday, 14 June 2011

My new life...



Assalamu'alaikum....
tu dia...lama gak ase x update blog ni...
da dekat smnggu la ea..
nasib baik x bersawang lg..haha.

tadaaa.....new look!!
hehe.. ok x my blog kali ni??
da penat blogwalking n study psal blog ari ni..
maka dpat la buat perubahan ckit kt blog epy ni..
pening gak mula2, x bpe paham sgt..
tapi alhamdulillah.. ok la kot..
pape pn, thanks to all yg msih mmberi sokongan..
kat epy utk terus berblogging..hehe.
thanks guys!!!

-epyzhafri-
chill~

Wednesday, 8 June 2011

CINTA, KASIH, SAYANG, HATI.. SEBELUM & SELEPAS KAHWIN...

selalu yg terjadi....



CINTA :
 (sebelum kahwin)
 C = cubit kiri, kanan rasa.
 I  = impian indah ibarat syurga.
 N = nikah impian utama.
 T = taat setia membawa bahagia.
 A = awal dan akhir bersama-sama


 (selepas kahwin)
 C = cuka yang dituang pada luka.
 I = iblis yang merosak minda.
 N = nafsu semata-mata.
 T = tuba yang dibalas semula.
 A = api dalam neraka.



KASIH :
 (sebelum kahwin)
 K = kongsi semua suka duka.
 A = abang adik, ayang anja.
 S = sumpah janji di bibir sentiasa.
 I = istana bahagia dah dicipta.
 H = hatiku hatimu jua.


 (selepas kahwin)
 K = kaki tangan naik kat kepala.
 A = abuk pun tara, nak makan apa??
 S = simpati langsung tak ada.
 I = ironi membakar jiwa.
 H = hidup mati sama je.



SAYANG :
 (sebelum kahwin)
 S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
 A = asal free mesti nak jumpa.
 Y = you lap me, I lap you!
 A = apa saja sanggup diduga.
 N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
 G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


 (selepas kahwin)
 S = salah sikit kiamat dunia.
 A = air tak sedap, basahlah mata.
 Y = yang betul dia je.
 A = ada takde, bagi anak reti la.
 N = nak dilawan, digelar derhaka.
 G = gaduh sampai lebam.



HATI :
 (sebelum kahwin)
 H = hanya dikau yang daku cinta.
 A = air paip pun manis macam gula.
 T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
 I = igauan indah tak terkira.


 (selepas kahwin)
 H = hantu jembalang lagi sempurna.
 A = air mata jadi teman setia.
 T = tempat mengadu dah tak ada.
 I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?




 tetapi yg seharusnya ialah...


 C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
 I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
 N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
 T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
 A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.


 K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
 A-Akad dilafaz cinta berbunga
 S-Suami disanjung-tinggi
 I-Isteri disayangi
 H-Harumlah kasih sepanjang zaman


 S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
 A-Ada masalah, dibincangkan bersama
 Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
 A-Amalkan hidup bertoleransi
 N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
 G-Gaduh sesekali tu perkara biasa


 H-Hati suami mesti dijaga
 A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
 T-Tanggung-jawab dipikul bersama
 I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Sunday, 5 June 2011

Love Letter dari si suami.. so sweet..???


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu.                                                                        
4 Jun 2011

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki


Hahaha..amacam, bgus tak si suami ni..
hantar surat permohonan rasmi kepada si isteri..
so sweet.. hahaha..

epyzhafri
chill~

Saturday, 4 June 2011

Tangkap Ikan?? Tadah Air?? Sepinggan Nasi?? Apa semua ni..!!!

Hayati dan fahami....



Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke
dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin...
ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu
menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....




Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
 

Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia
masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
 

Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke
akhirnya....





Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal..
 

Begitu juga jika kamu telah
bertemu dengan seorang insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya
dengan yang lain.
 

Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal....



Renung-renungkanlah...
Ingat orang yang tersayang..
Sayangi mereka sebaiknya...


epyzhafri.
chill~

Wednesday, 1 June 2011

Air mata wanita..




Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tak mengerti ibu." kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti..."

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.." sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.."





Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:



"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar."

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak."

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."

"Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah.."


"air mata kehidupan."


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...